Thursday 1 December 2011

KISSM Questions + Perintah Am

Dear friends,
* I have the full answers but I prefer to share the summary of my writing...
   (email me if you need more..I will try to help you..)

____________________________________________________________________

Soalan Tugasan KISSM 
(Perintah Am)
Soalan 1:



Situasi A

Guru A yang bertugas di Sekolah Kebangsaan Sungai Tua telah ditahan dalam satu sekatan jalan raya kerana disyaki membawa dan mengedar dadah jenis “Syabu”. Guru A telah direman tujuh hari bagi membolehkan satu siasatan dijalankan untuk membolehkan pegawai ini di bawa ke pengadilan. Guru A tidak boleh dijamin dan ditahan di penjara Sungai Buluh sementara menunggu tarikh perbicaraan.

Situasi B
Guru B yang bertugas di sebuah sekolah menengah telah disabitkan oleh mahkamah Syariah kerana berkhalwat di sebuah hotel dan didapati bersalah. Berdasarkan kesalahan tersebut Guru B telah dikenakan denda sebanyak RM2500.00 atau satu bulan penjara. Guru B telah membayar denda tersebut.



a. Jelaskan prosiding jenayah yang perlu dimulakan terhadap Guru A oleh Ketua Jabatan. 
 
       Disini, dapatlah diringkaskan bahawa Ketua Jabatan hendaklah mendapatkan laporan daripada mahkamah seksyen yang mengandungi maklumat-maklumat berikut:

i. pertuduhan atau pertuduhan-pertuduhan terhadap pegawai

ii. jika ditangkap, tarikh dan waktu pegawai ditangkap

iii. sama ada oegawai itu dijamin; dan

iv. sebarang maklumat lain yang relevan.

Seterusnya, Ketua Jabatan hendaklah melaporkan kepada Lembaga Tatertib untuk tindakan selanjutnya dan juga mengesyorkan kepada Lembaga Tatatertib jenis tindakan yang boleh diambil.



b. Huraikan lima jenis hukuman tatatertib yang tidak dengan tujuan buang kerja atau turun pangkat yang boleh digunakan terhadap Guru B dan kesannya terhadap kenaikan pangkat guru tersebut.

   Secara ringkasnya, dapatlah disimpulkan bahawa hukuman-hukuman tatatertib yang tidak dengan tujuan buang kerja atau turun pangkat yang boleh dikenakan terhadap guru B adalah seperti amaran, denda, lucut hak emolumen, tangguh pergerakan gaji dan juga penurunan gaji. Secara umumnya, pegawai yang dikenakan hukuman tatatertib tidak layak dipertimbangkan kenaikan pangkat selagi tempoh hukuman berkuat kuasa. Pegawai hanya layak dipertimbangkan kenaikan pangkat setelah tamat tempoh tidak layak tersebut seperti yang dinyatakan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2009.


Soalan 2:


Encik X, seorang pembantu tadbir di sebuah sekolah. Antara tugas beliau ialah memastikan surat-surat rasmi yang terima diambil tindakan mengikut Arahan Perkhidmatan 1974.


a. Jelaskan tindakan yang perlu diambil oleh En. X terhadap surat-surat rasmi yang diterima.


           Kesimpulannya, Encik X perlu memastikan bahawa tiap-tiap surat memerlukan perhatian segera. Surat-surat perlu diasingkan mengikut bahagian tertentu, dicop tarikh ianya diterima dan surat yang dialamatkan kepada Ketua Jabatan dan surat untuk perhatian pegawai hendaklah dihantar terus. Malahan, Encik X perlu memasukkan segera surat-surat kedalam fail yang berkenaan mengikut cara pengurusan fail yang betul dan mengedarkan fail kepada pegawai yang berkenaan untuk tindakan. Akhir sekali, Encik X juga perlu merekod surat-surat yang diterima mengikut jenis-jenisnya yang tertentu dan mencatitkan semua surat yang diterima ke dalam kertas minit fail.

No comments:

Post a Comment