Monday 28 November 2011

KISSM Questions + Dasar-Dasar Kerajaan

Dear friends,
* I have the full answers but I prefer to share the summary of my writing...
   (email me if you need more..I will try to help you..)

________________________________________________________________________
Soalan Tugasan KISSM
KOMPONEN II
( Dasar- Dasar Kerajaan)

“…..adalah menjadi harapan agar penswastaan dapat meningkatkan prestasi ekonomi dan perkhidmatan keseluruhannya yang seterusnya akan menghasilkan peningkatan kadar pertumbuhan ekonomi negara yang lebih tinggi.”
                                                                                  (Tun Mahathir Mohamad,1983)

a. Huraikan bentuk-bentuk penswastaan yang dilaksanakan beserta dengan contoh-contoh yang relevan.      
                    Dasar penswastaaan yang dilaksanakan di Malaysia merangkumi beberapa bentuk. Ini termasuklah penswastaan secara menyeluruh, penswastaan secara sebahagian, penswastaan secara terpilih, penswastaan berbentuk pengurusan bercorak perniagaan swasta, penswastaan secara kontrak, penswastaan secara pajakan, penswastaan berbentuk pengurusan swasta, cara penswastaan lain termasuk Pembelian Syarikat oleh Pengurusan (MBO), Bina-Kendali-Pindah (BOT), Bina-Kendali (BO), Bina-Pindah (BT) dan Menukar Aset untuk membantu penswastaan pembangunan tanah.                     
________________________________________________________________________                                                                                       

b. Pada pendapat anda, sejauh manakah dasar ini telah memperoleh kejayaannya?


      Berdasarkan objektif-objektif yang disasarkan oleh Dasar Penswastaan dan bukti-bukti yang menunjukkan bahawa kesemua objektif-objektif ini dapat dicapai, dapatlah disimpulkan bahawa Dasar Penswastaan yang dilaksanakan kerajaan ini telah mencapai kejayaan yang membanggakan. Kita sesungguhnya boleh berbangga dengan pencapaian program penswastaan memandangkan Malaysia telah berjaya melaksanakan program ini meliputi pelbagai aktiviti dan projek infrastruktur seperti pembinaan jalan raya, pelabuhan serta pengankutan bandar. Penswastaan ala- Malaysia seperti pengkorporatan agensi kerajaan dan pengambilan syarikat kerajaan serta pengalaman Malaysia dalam penswastaan projek infrastruktur dan utiliti adalah unik.

        Dasar penswastaan telah memberi kesan positif terhadap corak dan kadar pembangunan ekonomi negara. Dalam masa yang sama, negara membuka luas pintu perdagangan dengan negara lain yang menghasilkan berpuluh-puluh pemimpin dari negara maju dan sedang membangun berkunjung ke sini, sama ada untuk belajar atau berkongsi pengeluaran. Serentak itu, bidang-bidang lain seperti pembuatan, reka cipta, perdagangan dan pentadbiran juga berkembang maju.


             

No comments:

Post a Comment